Menyediakan khidmat perubatan yang kondusif, komprehensif dan prihatin untuk menyokong kesejahteraan masyarakat.
Kluster Perubatan Yayasan Mihrab berperanan dalam membantu menyediakan khidmat perubatan yang kondusif dan komprehensif kepada masyarakat.
Selain memberikan khidmat perubatan percuma kepada golongan yang memerlukan, khususnya mereka yang kurang berkemampuan, kluster ini juga bekerjasama dengan pihak berwajib dalam usaha membendung penularan wabak penyakit berjangkit demi kesejahteraan bersama.
Setiap sumbangan membantu Yayasan Mihrab meneruskan inisiatif pendidikan, perubatan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara tersusun.
