Menyantuni golongan yang memerlukan melalui bantuan kebajikan dan program komuniti yang mengukuhkan jaringan masyarakat.
Kluster Kebajikan Yayasan Mihrab berperanan sebagai pusat komuniti setempat yang peka terhadap keperluan masyarakat serta menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Melalui program kemasyarakatan yang memberi impak positif, kluster ini menjadi medium penghubung silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama, sekali gus membantu membina komuniti yang harmoni dan sejahtera.
Setiap sumbangan membantu Yayasan Mihrab meneruskan inisiatif pendidikan, perubatan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara tersusun.
