Memperluas akses pendidikan berkualiti melalui program akademik, Islamik, tahfiz, kemahiran dan pembangunan modal insan.
Kluster Pendidikan Yayasan Mihrab berperanan sebagai penyedia program latihan pendidikan akademik, Islamik, tahfiz, kemahiran, teknologi dan modal insan bagi meningkatkan keupayaan serta potensi pelajar.
Kluster ini komited memperluas akses pendidikan terbaik kepada pelajar yang kurang berkemampuan, di samping menyediakan prasarana dan kemudahan yang menyokong perkembangan pembelajaran secara lebih menyeluruh.
Setiap sumbangan membantu Yayasan Mihrab meneruskan inisiatif pendidikan, perubatan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara tersusun.
